ANIMSI

home

Followers


Thursday 6 October 2011

DAP: PENANG NAK JADI SINGAPORE!! ORANG MELAYU??AYAYAI!!!

http://nananneng.files.wordpress.com/2010/08/mahasiswa-menjual-tubuh.jpg
Bahasa Inggeris dan bahasa Cina digunakan secara meluas di negeri ini sejak Kerajaan DAP Pulau Pinang diberi mandat menerajui Pulau Pinang sejak 8 Mac 2008.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, hasil pemantauan yang dibuat pihaknya dalam tempoh tiga tahun setengah ini menunjukkan bahasa kebangsaan semakin dipinggirkan terutama dalam majlis rasmi yang melibatkan khalayak dari kalangan masyarakat Cina.
Menurut Zainal Abidin, jika adapun, bahasa Melayu hanya digunakan sebagai 'kata aluan' atau 'pembuka kata' dan kemudiannya disusuli dengan pengunaan bahasa Inggeris atau bahasa Cina sepenuhnya.

"Jangan terkejut jika di Pulau Pinang bahasa Cina dan bahasa Inggeris digunakan secara meluas berbanding bahasa kebangsaan. Itu sudah jadi 'standard' di negeri ini terutama sejak DAP memerintah. Bahasa kebangsaan dikebelakangkan.

"Begitu juga dengan rakyat terutama yang tinggal di kawasan perkampungan Cina, kebanyakannya tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

"Mereka ini rakyat Malaysia, tapi tidak fasih bercakap bahasa Melayu. Justeru, saya berasakan teguran yang dibuat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung perkara itu amat tepat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menuduh Rais berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Melayu diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri ini baru-baru ini.
Pada majlis itu, pengurusan Kolej Han Chiang hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.
Zainal Abidin berkata, UMNO Pulau Pinang amat kesal dengan sikap Guan Eng yang sentiasa cuba mencari helah apabila sesuatu kesalahan itu diletakkan kepadanya.

Menurut beliau, tindakan berkenaan amat jelas menunjukkan jiwa, mentaliti dan perasaan Setiausaha Agung DAP itu masih dikuasai dengan ideologi sebagai pembangkang.

"Bila jiwa, mentaliti dan perasaannya masih pembangkang, sudah pasti dia (Guan Eng) tidak dapat menyesuaikan diri apabila dilantik sebagai pemimpin kerajaan. Amat jelas, dia tidak boleh langsung menerima sebarang kutukan atau teguran. Bila kena, pasti ada sahaja helahnya," kata Zainal Abidin.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Guan Eng tidak sepatutnya mengikut emosi sebaliknya menerima teguran yang dibuat Rais dan berusaha membetulkannya.

"Ini tidak, dia tuduh dan putar- belitkan apa yang berlaku. Namun, sebagai rakyat, kita tidak terkejut langsung dengan apa yang dilakukannya. Inilah sikap Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya.

"Padanya, hanya dia sahaja yang betul. Orang lain semua tidak betul. Tetapi, jika terbukti apa yang ditegur Rais itu betul, saya harap dia bertanggungjawab kerana tindakannya (menuduh Rais berbohong) memalukan rakyat negeri ini terutama orang Melayu," katanya.



psssssssst: Rata-rata orang melayu penang semua risau DAP nak balun P.Pinang Macam Singapore.. lim-lim..apa lu bikin hah???

1 comment: