

Pihak Mahkamah hari ini telah memutuskan Khamis ini bagi permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri mengenepikan sepina bagi perbicaraan Kes Liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pihak Hakim Makamah Tinggi
Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga mengarahkan
Perbicaraan kes tersebut bersambung esok.
Peguambela
Karpal Singh menjelaskan sepina itu releven diteruskan bagi memberi
penjelasan perkaitan pertemuan Pembantu Perdana Menteri Datuk Khairis
Annas dengan Saiful Bukhari.
Karpal Singh juga mendakwa beliau yakin Perdana Menteri terlibat dalam perbincangan tersebut dalam tempoh satu setengah jam.
Karpal berkata terdapat 112 kenyataan yang ditandakan sebagai dokumen istimewa dan pihak pembelaan tidak mempunyai akses terhadapnya.
"Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar.”
"Kami berdoa Yang Arif menolak permohonan yang dibuat oleh Najib dan isterinya,” kata Karpal sambil menambah perdana menteri juga telah menimbulkan bukti lain pada pertemuan tersebut.
No comments:
Post a Comment