ANIMSI

home

Followers


Thursday 8 September 2011

HANGAT!! :NGO PAHANG AMUK!!!!


BERA – Lebih 200 ahli pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili 30 persatuan daerah ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengiktiraf komunis sebagai hero yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

Mereka terdiri daripada ahli Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Bekas Polis, Persatuan Bekas Pengawal Kampung (homeguard), persatuan belia, dan beberapa NGO lain membuat laporan tersebut di Balai Polis Triang.

Turut membuat laporan polis ialah ahli Umno, MCA dan MIC yang melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mat Sabu kerana cuba mengubah fakta sejarah dalam tragedi berdarah Bukit Kepong pada tahun 1950 lalu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bera Mohd. Fadil Osman berkata, kenyataan Mat Sabu yang memutar belit fakta sejarah bukan sahaja boleh mencetuskan keresahan dan kemarahan keluarga anggota pasukan keselamatan, malah boleh mencetuskan hura-hara di negara ini.

“Mat Sabu perlu menyemak kembali sejarah negara kerana sejarah adalah peristiwa yang mempunyai fakta dan tidak boleh diubahsuai serta diputar belit bagi kepentingan politik.

“Kami menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan tegas ke atas Timbalan Presiden Pas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat sini semalam.

Menurut beliau, tindakan tegas itu penting bagi memberikan pengajaran kepada Mat Sabu dan mana-mana individu selepas ini agar tidak semudah itu mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta cuba untuk mengubah sejarah.

“Masih banyak negara yang sama merdeka pada usia seperti kita masih lagi bergelut untuk memajukan negara mereka dan belum lagi mendapat nikmati hasil kemerdekaan kerana sentiasa bergolak,” katanya.

Mohd Fadil melahirkan rasa bimbang perkara yang sama mungkin boleh berlaku di negara ini jika ada pihak yang cuba menimbulkan kacau-bilau serta mengangkatkan orang lain sebagai hero dalam perjuangan negara.

Katanya lagi, tindakan Mat Sabu melabelkan Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar bukan pejuang bangsa dan pegawai British adalah satu tindakan sengaja untuk memutar belit fakta sejarah negara.