ANIMSI

home

Followers


Friday 19 August 2011

pejabat Council dibom!!!

KABUL, Afghanistan - Lapan orang maut selepas beberapa serangan bom berani mati menggegarkan pusat kebudayaan Britain, British Council di sini semalam.
Letupan berlaku ketika cuti umum di Afghanistan sempena kemerdekaan negara berkenaan dari Britain.
Afghanistan merdeka dari Britain pada 1919.
Lima letupan mengenai bangunan pejabat British Council di sini diikuti tembakan senjata api pada awal semalam dan berterusan sehingga empat jam kemudian.
Kumpulan Taliban mendakwa bertanggungjawab melakukanserangan itu.
Polis berkata, sekurang-kurangnya dua letupan pertama dilakukan oleh pengebom berani mati.
"Lapan orang, kebanyakannya anggota polis, terbunuh manakala 10 yang lain cedera," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Siddiq Siddiqui.
British Council ialah sebuah organisasi rasmi yang sebahagiannya dibiayai oleh London untuk mempromosikan hubungan kebudayaan di pejabat-pejabat badan tersebut di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment