ANIMSI

home

Followers


Monday 15 August 2011

LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA BUKAN FATWA - MUFTI PP

 

Mufti PP : JHEIPP perlu tarik balik surat pekeliling larangan guna pembesar suara



Semalam Mufti PP telah keluarkan kenyataan beliau secara jelas mengenai kemelut isu larangan bacaan Al Quram menggunakan pembesar suara waktu subuh di masjid dan surau di negeri ini .


Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka. 



Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri. 


Jadi jika ia sekadar nasihat hukum , mengapa dalam surat pekeliling mengunakan ayat

memutuskan bahawa bacaan Al Quran dengan pembesar suara daripada masjid dan surau adalah dilarang menurut Hukum Syara'

 

No comments:

Post a Comment