BUKAN saja pernah dipenjara, malah terpaksa pula menjalani hukuman penahanan dalam rumah.
Tapi sekarang pelakon terkenal, Lindsay Lohan sudah bersedia untuk kembali ke arena seni dan langkah pertamanya, menjalani sesi fotografi untuk majalah Vanity Fair Itali.
Pelakon yang berusia 25 tahun, kelihatan anggun dengan pakaian menyerlahkan susuk tubuhnya yang langsing, termasuk sehelai gaun malam dan basque warna coklat ketika sesi fotografi oleh jurufoto terkenal Alan Gelati. Sesi fotografi tersebut dilakukan di rumah Lindsay di Venice, California ketika dia sedang menjalani hukuman penahanan dalam rumah kerana mencuri rantai yang berharga USD2,500 (RM7,529), Januari lepas.
Dalam temubualnya dengan majalah itu, Lindsay menga�takan beliau menerima hukuman yang sangat berat untuk kesalahan yang kecil dan tidak sepatutnya dipenjara hanya kerana ingkar tempoh percubaan selepas dihukum akibat memandu dalam keadaan mabuk pada 2007.
Ketika ditanya tentang hukumannya, jawab Lindsay, “Saya bukan seorang pembunuh. Saya tak perlu tinggal dalam penjara.”
Lindsay turut berharap yang dia akan kembali berlakon akhir tahun ini.
Walaupun filem-filem terdahulunya seperti ‘I Know Who Killed Me’ dan ‘Labor Pains’ tidak mendapat sambutan, Lindsay berazam mahu menjadi pelakon yang serius.
Baru-baru ini dia baru saja bersetuju untuk melakonkan watak Kim Gotti, isteri kepada John Gotti Jr. seorang ketua gengster dalam filem GOTTI: In the Shadow Of My Father. Penggambaran filem itu akan bermula dalam bulan Oktober.
Lindsay yang baru saja selesai menjalani tahanan rumah selama 35 hari, kelihatan gembira meraikan ‘kemerdekaannya’ bersama rakan-rakan termasuk bekas teman wanitanya Courtenay Semel bersantai di tepi pantai Malibu, California.
Bintang The Mean Girl ini yang hanya berkemeja besar dan berseluar pendek, bercuti dengan rakan-rakannya sambil menunggu pertunjukan bunga api sempena Hari Kemerdekaan. Sebelum itu, Lindsay yang baru menyambut hari jadinya yang ke 25, kelihatan menikmati suasana pagi di tepi pantai Paradise Cove.
Dua hari lepas, bapa kepada bintang terkenal ini, Michael dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan keganasan rumahtangga. Tapi, kesnya digugurkan kerana bekas teman wanita Michael yang mendakwa dirinya dipukul, tidak hadir - DM
No comments:
Post a Comment