AIDCNews
– 11/03/13 – Lebih kurang sebulan sebelum kumpulan pengganas menceroboh
Lahad Datu, Sabah pada 8 Januari 2013, Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim telah membangkitkan persoalan ‘pergerakan berbatalion
tentera’ di sekitar ibu kota dan beberapa daerah.
Namun, Anwar tidak menyatakan secara spesifik daerah manakah yang dimaksudkan itu.
Dalam sidang media Kepimpinan Pakatan Rakyat di Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara
8 Januari itu, Anwar dilihat cukup ‘mengetahui’ tentang ‘pergerakan tentera itu’ seperti melakukan pemantauan secara harian.
“Maklumat
kita perolehi dalam beberapa minggu menjelang pilihanraya, kita dengar
ura-ura gerakan tentera besar-besaran, pergerakan pemindahan batalion di
sekitar ibu kota dan beberapa daerah.
“Saya
anggap ini sebagai gerakan biasa dan saya harap pihak pimpinan tentera
memberikan penjelasan supaya ini tidak dikaitkan dengan percubaan untuk
menakut-nakutkan sebahagian daripada penduduk di negara ini terutama
kerana lonjakan sokongan kepada Pakatan Rakyat itu sangat ketara
kebelakangan ini.
“Jadi, kita tidak mahu mana-mana pihak menggunakan pasukan keselamatan untuk tujuan pilihanraya.
“Jadi, sebab itu saya ingat kenyataan daripada pimpinan pihak tentera itu dialu-alukan, kata Anwar.
Kumpulan
bersenjata yang mengaku dirinya, ‘tentera Kesultanan Sulu’ mula
menceroboh secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo,
Lahad Datu pada 9 Februari 2013.
Penceroboh
bersenjata itu mula bertempur dengan pihak polis pada 1 Mac setelah
tempoh rundingan hampir selama 20 hari gagal mencapai penyelesaian.
Dalam pertempuran awal, 2 komando polis dan 10 penceroboh mati terbunuh.
Pada
4 Mac, setelah bilangan anggota polis mati terbunuh meningkat kepada 8
orang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk mengambil
alih dan bekerjasama dengan polis menentang pihak penceroboh.
Maka, pada tarikh itu juga, bermulanya pengerakan berbatalion tentera yang diperkatakan Anwar sebulan sebelum itu.
No comments:
Post a Comment