ANIMSI

home

Followers


Monday, 4 February 2013

PANAS!! USTAZ AZIZAN KINI DILABEL SIAL OLEH PEMIMPIN PAS SENDIRI!!



Kih kih Kihh!!!
Ust Zizan sial??!!
Kih Kih Kih!!
Apa pemikiran pas ni??
Kih Kih Kih!!

Hanya kerana hadir di program My Beautiful dan memakai pakaian 1M4U, Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak dimaki hamun dengan gelaran Sial dan Celaka. Kata-kata nista tersebut dilemparkan oleh seorang anak muda yang memperjuangkan ideologi pakatan pembangkang, Khalid Mohd Ismath yang kononnya membawa suara mahasiswa.
Khalid dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah itu yang hadir di sebuah program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Tidak cukup dengan makian itu, Khalid turut mengatakan kehadiran Menteri Besar yang sinonim dengan panggilan Ustaz Azizan di program tersebut merupakan tindakan untuk menyertai Umno.
“Mimpi apa pak MSO? Azizan masuk Umno. Hihi. Kalau itu bukan mimpi, itu realiti” katanya di dalam twitter ketika mengulas komentar yang diberikan oleh penganalisis politik Mohd Sayuti Omar.
Bukan niat penulis untuk membela Ustaz Azizan, namun merasa sedih dan kasihan melihat nasib mereka yang digelar ulama di dalam Pas. Sungguh murah agama dijual semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Andai mengeluarkan kenyataan dan fatwa yang memyokong ideologi pembangkang mereka diangkat sebagai ulama dan dikatakan memperjuangkan Islam. Namun sekiranya melawan arus dengan pendirian pakatan pembangkang label ulama yang diberikan itu akan disentap dengan serta merta. Tidak cukup dengan itu, pelbagai gelaran dan kata-kata nista akan dilemparkan dan para pengikut dan tidak kurang juga dikalangan mereka yang mengeluarkan kenyataan bagi tujuan untuk menghina.
Lihat sahaja nasib yang menimpa Ustaz Nakhaei, Norman Taha, Datuk Hassan Ali, Ridhuan Tee, pejuang isu Memali Cikgu Non dan yang terbaru mantan Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin serta ramai lagi. Mereka tidak lagi diangkat sebagai pejuangan agama, namun setelah meninggalkan perjuangan Pas mereka dikatakan hanya mengutamakan duniawi, meninggalkan perjuangan Islam dan tidak kurang juga ada mengatakan sanggup memalit najis Umno demi kerana kedudukan dan pangkat.
Isu ini dibangkitkan bukan kerana kenyataan yang oleh Khalid semata-mata, kerana sebagai salah seorang penganut ajaran Syiah di negara ini sudah menjadi lumrah buatnya untuk memaki hamun dan melemparkan kata-kata yang sesat. Ini kerana sejak dari dahulu lagi ulama Syiah telah ‘mewajibkan’ para pengikutnya untuk memaki hamun mereka yang tidak sealiran dengan mereka.
Lihat sahaja kata-kata nista yang dilemparkan kepada para sahabat Nabi Muhammad saw seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman ibn Al-Affan. Tidak cukup dengan khalifah Islam mereka turut mencerca dan melaknat isteri Nabi Muhammad saw yang juga merupakan ibu bagi orang mukmin Saidatina Aishah.
Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika megulas mengenai Syiah mengatakan ia sebenarnya bermula dari sebuah aliran politik atau dalam istilah ‘politik kepartian’ lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi.
Isu-isu yang berkaitan dengan polisi pentadbiran pada zaman Saidina Uthman, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk membina aliran politik pada zaman tersebut. Hari demi hari, dalam usaha mengukuhkan ‘parti’ dan menambah pengikut maka pelbagai nas-nas mula diberikan tafsiran yang mempunyai kepentingan politik, bahkan diwujudkan nas-nas baru bersifat politik yang sengaja diada-adakan.
Berbalik kepada persaoalan dasar yang ingin dibangkitkan, sejurus selepas gambar Ustaz Azizan hadir di program tersebut disebarkan, blog-blog pakatan pembangkang mula menyerang dan menghentam tindakan beliau. Ada yang mengatakan beliau merupakan agen terbaru Umno dan tidak kurang juga ada yang meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Namun dalam banyak-banyak komen, penulis tertarik dengan salah satu kenyataan penyokong pembangkang yang meminta Majlis Syura Pas bermesyuarat dan mengambil tindakan keatas Ustaz Azizan.
Persoalannya apakah Ustaz Azizan akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasha sebelum ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment