ANIMSI

home

Followers


Tuesday 10 July 2012

PARAH!! DAP SELANGOR DAH BATAL PERATURAN ASINGKAN PASANGAN COUPLE DI PAWAGAM!! YES INI YANG PAS MAU KE?? LAGI MAU BELIT KE?



 Ronnie Liu, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Selangor membatalkan penguatkuasaan peraturan untuk memisahkan kedudukan lelaki dan wanita yang belum berkahwin ketika menonton wayang yang didakwa dibuat tanpa pengetahuannya.
“(Saya) Tak diberitahu, (saya) hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar. Ini bertentangan dengan peraturan di seluruh Selangor,” katanya di lobi bangunan DUN Selangor hari ini seperti dilaporkanMalaysiakini.
Ronnie yang juga ADUN DAP Pandamaran berkata beliau telah mengarahkan dipertua majlis berkenaan supaya menangguhkan pelaksanaan arahan tersebut.
Akhbar harian berbahasa Cina, China Press hari ini melaporkan bahawa panggung wayang di Kuala Selangor yang cuba untuk memperbaharui lesen mereka perlu menguatkuasakan peraturan pengasingan jantina.
Menurut laporan itu, pemilik pawagam telah ditanya oleh ahli majlis daerah PAS untuk meletakkan tanda-tanda yang memberi nasihat kepada lelaki Muslim dan perempuan supaya duduk secara berasingan jika mereka tidak mempunyai hubungan darah.
Walau bagaimanapun, bukan Islam tidak terjejas dengan peraturan itu.
Pada bulan Februari, akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star melaporkan bahawa Adun PAS Bangi, Dr Shafie Abu Bakar telah mendesak agar pengharaman pawagam di Bangi, yang beliau dakwa sebagai boleh “merosakkan minda” anak-anak muda.
Ronnie Liu seperti dilaporkan MStar akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Saya ingin menegaskan bahawa di Selangor kita tidak menggalakkan apa-apa polisi ataupun akta yang berunsur ‘double standard
“Kalau satu peraturan yang dianggap baik dilaksanakan di sesuatu PBT…ia akan dilaksanakan di PBT lain, kita ingin mengelakkan ‘double standard‘,” katanya

PSSSSSSSSST: dap kan suka islam.. bodo pas bengap rela dimainkan dap barua!

1 comment: