Bermula dari mulut celupar Nizar sosialis yang mempertikaikan pembelian
no plat WWW 1 oleh TMJ, usaha PAKATAM mahu memburukkan imej Kesultanan
Melayu Johor akhirnya memakan diri PAKATAM sendiri. Sebelum ini, Pakatam
telah banyak kali menghina Sultan Perak, Sultan Selangor dan Sultan
Johor. Tujuan Pakatam ialah untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada
institusi DiRaja Malaysia yang merupakan salah satu badan kerajaan dalam
Perlembagaan Malaysia.
Dah lama Pakatam mengidam untuk menghapuskan insitusi DiRaja Malaysia
nie. Maklumlah, kesultanan Melayu yang menjadi institusi DiRaja Malaysia
ini dikhabarkan mempunyai warisan harta yang banyak turun-temurun. Jika
tiada insitutsi ini berjaya dihapuskan bermakna segala hartabenda dan
kekayaan Kesultanan Melayu akan berpindahmilik kepada ahli-ahli politik
Pakatam jika Pakatam menang dalam PRU 13.
Institusi DiRaja Malaysia merupakan benteng terakhir kepada status agama
Islam sebagai agama rasmi negara. Institusi ini juga merupakan benteng
terkuat dan paling ampuh kepada asas kerangka kenegaraan Malaysia yang
mengambil model RAJA BERPERLEMBAGAAN.
Pakatan sejak dulu lagi mahu menubuhkan sebuah Negara bercorak Republik
yang bertunjangkan kepada Sosialisma. Bahkan, Islam juga turut
disosialismakan oleh ideologi tersebut dalam bentuk Pluralisma dan
Liberalisma. Malah agama kristian ortodoks juga turut menerima ancaman
daripada Sosialisma apabila mula wujudnya kumpulan yang mencabar
asas-asas keagamaan Kristian. Kumpulan ini di sebut sebagai Sosialis
Religus yang mengamalkan dan menerapkan nilai-nilai fahaman Sosialisma
ke dalam agama melalui Doktrin Pembebasan Teologi. Kerana itulah
terbentuknya satu asas kepercayaan bahawa semua agama itu sama.
Di atas landasan itulah tertubuh di seluruh dunia apa yang dinamakan sebagai Interfaith Religion Council (IRC).
Kononnya untuk mencapai kata sepakat di antara semua agama dan
kepercayaan tapi kesepakatan yang dicapai adalah menurut fahaman
Sosialisma. Contohnya, jika makan babi itu haram dalam Islam dan
agama-agama lain tidak mengharamkannya maka demi kesatuan manusia Islam
harus menghalalkan makan babi. Camtu lah bunyinya. Lain-lain kesepakatan
seperti perkahwinan pasangan berlainan agama tidak memerlukan pasangan
yang bukan Islam memeluk Islam terlebih dahulu. Manakala orang bukan
Islam yang memluk Islam adalah bebas murtad tanpa dikenakan hukuman
berdasarkan syariat Islam. Anak-anak pula tidak perlu mengikuti agama
kedua ibubapa mereka sehinggalah mereka mencapai umur 18 tahun. Gila tak
gila SOSIALISMA nie.
Satu lagi perkara mengenai Sosialisma nie ialah mengenai kepercayaan
mereka kepada Revolusi dan Teori Dialektika Kontroversi. Hukum alam yang
berlawanan di antara satu sama lain akan menghasilkan sebuah perubahan
baru. Itu kepercayaan mereka. Sedangkan di dalam Islam mengajarkan
bahawa keseimbangan hukum alam wajib dipeliharai sehinggakan Allah
Ta'ala mencabar seluruh manusia untuk membuktikan melalui pengkajian
ilmiah samada semua hukum-hukum alam nie berlawanan di antara satu sama
lain (ketidaksempurnaan). Adalah mustahil bagi Allah Ta'ala mencipta
sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap benda diciptakan secara berpasangan.
Ada air ada api, ada api ada angin, ada angin ada bumi. Kesemuanya
adalah seimbang mengikut kadar yang ditetapkan oleh Allah Ta'ala.
Tetapi tidak bagi Sosialisma. Bagi Sosialisma semua hukum alam ini
berlawanan di antara satu sama lain. Oleh itu amat perlu bagi
menghapuskan dua hukum alam yang berlawanan bagi mendapatkan satu hukum
alam yang baru. Begitulah kelirunya puak Sosialisma ni yang menggunakan
lambang Kepala Lembu Hitam. Inilah bahayanya fahaman Sosialisma yang
menyerap masuk ke dalam IRC, Liberalisma dan Pluralisma. Sosialisma
tidak mempercayai wujudnya Tuhan yang Tunggal sebagai Zat yang unggul.
Memandang agama itu sebagai satu bentuk ideologi dan fahaman ciptaan
manusia berdasarkan kepada falsafah duniawi. Pendekata macam inilah ,
Sosialisma adalah kepercayaan terunggul dari semua kepercayaan dan
agama.
Itu lah pasal kita dengar dan lihat bagaimana Pok Nik asik tersasar dari
asas-asas akidah Islam sampaikan menyamakan hijrah Rasul dengan
'Kerusi' dan AL Qur'an itu sama macam suratkhabar,
nau'zubillahiminzalik! Sosialisma sebenarnya adalah Satanisma.
Inilah yang salah satu dimaksudkan oleh baginda Rasullullah s.a.w. di
dalam hadis sahih baginda yang menyatakan mengenai fitnah yang melanda
umatnya di akhir zaman umpama semut hitam (pendokong-pendokong dan
pemimpin serta pengikut fahaman sosialisma - warna asas bagi Sosialisma
ialah HITAM yakni Penyamaran, Pembohongan Pendustaan dan semangat
Revolusi) di atas batu hitam (Asas kepercayaan Sosialisma yang berlawanan dengan Islam) di waktu malam (zaman fitnah di mana manusia menjadi keliru seperti sekarang ini dan ramai yang jahil agama).
Isu nombor plat bukan setakat nombor plat sahaja. PAKATAM hendak
mencetuskan kemarahan rakyat kepada Institusi DiRaja Malaysia. Pakatam
berharap berlakunya Revolusi berdasarkan kepada teori tolol Sosialisma
mengenai pertentangan kelas. Sebab itulah kita tengok cagcai Pakatam dan
Pakatam sentiasa menyalahkan pihak itu dan pihak ini bagi satu-satu
isu.
Allah Ta'ala mengurniakan kepada kita akal ruhani dan akal jasmani dalam
bentuk otak yang diletakkan paling atas sekali dalam susunatur anatomi
manusia. Gunakanlah akal anugerah Allah Ta'ala itu sebaik-baiknya
menurut landasan Al Qur'an dan hadis dalam kefahaman ilmu hikmah atau
Ladunni. Kemuliaan akal-budi manusia ini terletak kepada penggunaan akal
tersebut. Oleh kerana akal manusia terletak di atas maka gunakanlah
secara teratas dalam semua hal. Kalau tidak lebih baik anda ubahkan saja
kedudukan akal itu ke kepala lutut macam cagcai dan pemimpin Pakatam
lakukan sekarang. Itu pasal lah Pakatam tak pernah dapat menyelesaikan
sebarang masaalah sebaliknya hanya mengujudkan pelbagai masaalah. Nak
undi lagi ke pepuak kepala lembu hitam Pakatam? Minta dijauhkan dari
mengundi Pakatam !-JAS SALLEH
No comments:
Post a Comment