JOHOR BARU – Salah seorang suspek yang dipercayai bapa kandung
Nurul Nadirah Abdullah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk
melihat jenazah anaknya itu.
Dia yang berusia dalam lingkungan 30-an, dilihat memakai pakaian
lokap dan bergari, tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi ini
dengan diiringi tiga anggota polis.
Menurut akhbar The Star, sebelum memasuki bangunan hospital, nenek
Nurul Nadirah, Milnah Jul, 52, meluru ke arah lelaki berkenaan,
memeluknya dan meminta agar dia bersabar.
Lelaki tersebut menghabiskan masa kira-kira 10 minit di situ. Turut
kelihatan adalah ibu Nadirah, Roselyn Alan, 25 dan suami barunya, Lima
Medeng, 25.
Sementara itu jenazah Nadirah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Kampung Pertanian Masai di sini pada kira-kira pukul 1.30 tengah
hari tadi.
Jenazah kanak-kanak malang yang juga dikenali sebagai Dirang itu
dituntut oleh keluarganya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada
kira-kira pukul 11.45 pagi ini selepas selesai urusan memandi dan
mengkafan dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
No comments:
Post a Comment