Khalid Ibrahim sebenarnya sudah tidak mampu untuk menyembunyikan
kebenaran. Terlalu banyak perbuatan dan keputusan yang dibuatnya
terutama sekali yang membabitkan Yayasan Selangor, telah menyumbang
kepada kerugian yang sangat besar.
Laporan Audit Dalaman sudah pun menjelaskan bagaimana dan apa cara yang telah digunakan oleh Khalid Ibrahim serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghancurkan Yayasan Selangor sepanjang mereka berkuasa dari Mac 2008 sehingga sekarang.

Namun disebabkan yang menjadi kerajaan di Selangor adalah Pakatan
Rakyat, maka yang keluar dari mulut Khalid Ibrahim adalah pembohongan
yang nyata. Atau lebih tepat lagi, menukarkan kejahatan kerajaan Pakatan
Rakyat sebagai sesuatu yang kelihatan baik dan mulia.
Laporan Audit Dalaman itu telah menunjukkan terdapat terlalu banyak
penyelewengan dan salahguna kuasa membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Namun yang dihebahkan ialah kesimpulan ‘ambil hati’ iaitu Laporan Audit
Yayasan Selangor menunjukkan betapa telusnya Kerajaan Khalid Ibrahim di
Selangor. (BACA DI SINI)
Kononnya, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil
sebarang tindakan terhadap mana-mana kakitangan yang telah
menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng.
Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat berbangga-bangga dengan jumlah kakitangan yang berhenti daripada Yayasan Selangor dan sejumlah yang lain pula dipecat.
Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat berbangga-bangga dengan jumlah kakitangan yang berhenti daripada Yayasan Selangor dan sejumlah yang lain pula dipecat.
Sebaliknya, Khalid Ibrahim tidak pula menceritakan tentang sebarang
usaha untuk mengembalikan dana yang telah disonglap atau memulihkan
kembali Yayasan Selangor setelah teruk dijahanam oleh konco-konconya.
Sekadar berbangga kononnya Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang telus,
sebenarnya hanya mencerminkan tentang munafiknya kerajaan negeri yang
berusia tiga tahun ini.
Kesilapan besar Khalid ialah dia berharap laporan audit dalaman
tersebut tidak akan bocor dan hanya diserahkan kepadanya sahaja.
Ia sama seperti laporan JAIS tentang GMDU yang mengambil masa selama berminggu-minggu untuk ditelaahnya agar butiran yang terdapat di dalam laporan tersebut tidak akan diketahui rakyat Selangor, terutama umat Islam.

Apabila sebahagian daripada laporan tersebut terbocor dan
didedahkan kepada umum, Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk
menjadikan Sultan Selangor sebagai ‘mangsanya’.
Dan itulah yang berlaku apabila DYMM Sultan Selangor kemudiannya menjadi sasaran kecaman DAP dan Aziz Bari, pensyarah UIAM.
Helah Khalid Ibrahim untuk menjadikan penyelewengan dan kejahatan
Pakatan Rakyat di Selangor dalam menghuru-harakan dan merompak kekayaan
Selangor, sebagai kononnya ketelusan dan keadilan kerajaan negeri
pimpinannya amat menjijikkan. Helah tersebut tidak lebih daripada
reversed psychology yang amat murah dan serba menghinakan.
SumberKekasih Khalid?? opppsss...
pssssssst: Kantoi bila audit dedahkan segala-galanya!!!! khalid2...
No comments:
Post a Comment