ANIMSI

home

Followers


Monday 3 October 2011

Anwar liwat Najib????








     Pihak Mahkamah hari ini telah memutuskan Khamis ini bagi permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri mengenepikan sepina bagi perbicaraan Kes Liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak Hakim Makamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga mengarahkan Perbicaraan kes tersebut bersambung esok.

Peguambela Karpal Singh menjelaskan sepina itu releven diteruskan bagi memberi penjelasan perkaitan pertemuan Pembantu Perdana Menteri Datuk Khairis Annas dengan  Saiful Bukhari.

Karpal Singh juga mendakwa beliau yakin Perdana Menteri terlibat dalam perbincangan  tersebut  dalam tempoh satu setengah jam. 

Agak mengelirukan apabila Saiful tidak melaporkan isu tersebut kepada pihak polis akan tetapi memilih untuk menemui Perdana Menteri Malaysia.

Karpal berkata terdapat 112 kenyataan yang ditandakan sebagai dokumen istimewa dan pihak pembelaan tidak mempunyai akses terhadapnya.

"Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar.”

"Kami berdoa Yang Arif menolak permohonan yang dibuat oleh Najib dan isterinya,” kata Karpal sambil menambah perdana menteri juga telah menimbulkan bukti lain pada pertemuan tersebut.

No comments:

Post a Comment