ANIMSI

home

Followers


Monday 27 August 2012

HOT! NEELOFA GELOJOH?


Pelakon baru Neelofa telah mengorak langkah memperluaskan bidang seni tanah air setelah mengambil keputusan untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian. Namun keputusan Pelakon Utama Filem Azura 2012 itu disifatkan beberapa pihak sebagai tamak dan gelojoh kerana masih tidak mampu mempamerkan tahap lakonan terbaik dalam bidang lakonan.
 
Gara-gara tuduhan yang kian tersebar dari kalangan penggiat dunia seni, lantas Neelofa memilih untuk menjawab usaha jahat beberapa pihak berkenaan.
 
Gadis muda kelahiran Kelantan itu menjelaskan keputusannya menceburi bidang nyanyian setelah mendapat tawaran dari Tune Music yang melihat dirinya berpotensi dalam mengukuhkan kekuatannya dalam bidang seni.
 
“Dalam usaha saya meningkatkan kemahiran dalam lakonan dan pengacaraan, muncul pula tawaran nyanyian daripada Tune Music yang rugi jika dilepaskan. Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni,” katanya kepada beberapa wartawan media baru-baru ini.
 
Malah Neelofa mengakui telah mengambil tempoh masa yang agak lama untuk menerima tawaran tersebut dan keputusan ini juga dibuat setelah meminta pandangan beberapa pihak yang rapat dengan beliau.
 
“Orang di luar perlu faham saya menerima peluang ini bukan kerana soal nyanyian semata-mata. Tune Music adalah syarikat di bawah AirAsia yang memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia. Saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk mengembangkan nama dan profil di rantau ini,” katanya yang masih belum dimaklumkan mengenai butiran konsep muzik yang bakal dipertaruhkan nanti," jelasnya lagi.
 
Neelofa yang juga sedang sibuk menghabiskan penggambaran siri drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima di TV3 ini bakal bernaung di bawah Tune Music bersama Maya Karin dan Aizat Amdan.

No comments:

Post a Comment