ANIMSI

home

Followers

Tuesday, 24 November 2015

Pelajar SPM Bunuh Diri Lepas Jawab Soalan ‘Add Maths’


KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 dilaporkan membunuh diri semalam selepas dipercayai kecewa berikutan gagal menjawab soalan  Kertas 1 Matematik Tambahan.
Menurut laporan akhbar New Straits Times, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah itu ditemui tergantung di dalam biliknya dengan tali leher dilehernya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang.
Berita kematian pelajar yang juga merupakan pelakon drama tempatan berbahasa Cina ini turut menggemparkan seluruh warga sekolah dan rakan-rakannya.
Selain itu, guru-guru yang mengenali remaja berusia 17 tahun ini turut menyifatkan mangsa sebagai pelajar cemerlang.
Kejadian tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Sentul Supt Mohd Sukri Kaman.
“Mangsa memberitahu gurunya bahawa dia tidak dapat jawab (soalan Matematik Tambahan).
“Mangsa juga berkata mahu pulang ke rumah tetapi guru menasihatinya agar bertenang. Namun, mangsa enggan dan terus pulang ke rumah,” kata Mohd Sukri dipetik NST.
Tambah Mohd Shukri, bagaimanapun mangsa kemudian tidak hadir ke sekolah pada waktu petang untuk menduduki ujian Kertas 2 subjek tersebut menyebabkan gurunya bimbang dan menghubungi keluarga pelajar tersebut.
“Guru tersebut menghubungi ibunya untuk bertanyakan mangsa. Ibu pelakon tersebut yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur kemudian meminta ibu saudara mangsa untuk memeriksa.
“Ibu saudara mangsa menemui remaja itu mati di dalam biliknya dengan tali leher yang diikat di lehernya terikat pada bingkai tingkap,” kata Mohd Sukri lagi.
Mayat pelajar terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kes ini.

Thursday, 10 September 2015

Dap dan PKR sedang Bimbang bila majoriti Melayu tolak Pakatan!

Lim Guan Eng berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini semakin berkelakuan seperti "pemimpin Umno"dengan memainkan sentimen perkauman sambil menyerang parti berkenaan.
Semakin lama, kata Lim, Abdul Hadi dilihat lebih sebagai pemimpin Umno berbanding Presiden PAS.
"Adakah ini kerana beliau nak (menjayakan) kerajaan perpaduan? Beliau tetap sokong perdana menteri- Lim guan Eng

Pada hakikatnya Dap sangat bimbang sekiranya pas benar-benar sokong umno dan bertambah sulit dan pakatan menjadi lemah selepas hilang majoriti besar sokongan orang melayu kepada pakatan.

Wednesday, 26 August 2015

Ringgit Tak Laku Di Madinah? Aziz Kecewa Fitnah Bodoh


Pagi tadi bertempat di perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang, Pengerusi Tabung Haji, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim dengan tegas menafikan khabar angin kununnya matawang ringgit negara kita tidak laku di tanah suci....

Dikala waktu ini sedang berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba muncul juak juak yang tidak bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu bernilai FITNAH menyebarkan berita menakut-nakutkan jemaah yang masih belum berangkat untuk mendepani kepayahan jika mahu berbelanja sewaktu berada di Mekah dan Madinah.

Viral semakin teruk di laman laman sosial dan mesej Whatsapp Group cuba memburuk-burukan imej negara yang sedang bergelut dengan krisis nilai matawang ringgit yang sedang susut sedikit sekarang ini.

Azeez Rahim agak kecewa dengan fitnah jahat ini kerana menurutnya keadaan kesemua jemaah dibawah seliaan Tabung Haji memang sangat teratur dan dijaga dengan baik.

Sebenarnya tidak timbul langsung isu jemaah haji membawa matawang ringgit ke tanah suci kerana setiap Maktab [iaitu hotel penginapan] memang tersedia ada pusat khidmat kewangan Tabung Haji.

Pusat khidmat ini lengkap dengan kaunter kaunter pengeluaran wang yang akan membayar dalam bentuk matawang Riyal buat setiap jemaah haji. Malah semua jemaah mendapat kesitimewaan kerana tidak pelu langsung membawa buku simpanan untuk urusan pengeluaran wang.

Cukup sekadar menunjukkan kad pengenalan Haji yang sentiasa digantungkan sepanjang tempoh berada disana, dan pihak Tabung Haji juga membenarkan pengeluaran walaupun hanya menunjukkan gelang tangan jemaah.

Maka disini jelas terbukti tidak ada logik kenapa harus mana mana jemaah kita bersusah payah mahu pergi merayau pergi mencari penukar wang asing dan membawa matawang ringgit...? Tidak masuk akal langsung !

Perkhidmatan dah disediakan di lobi tempat penginapan, kenapa pula jemaah mahu pergi berjalan jauh jauh mencari pusat kaunter penukar wang asing ?

Menurut Azeez lagi, setiap jemaah tidak perlu risau memikirkan masalah membawa wang tunai yang banyak kerana pengeluaran boleh dibuat di Maktab masing masing dan jumlah had pengeluaran dibenarkan sehingga 10,000 sehari.

Malah buat mana mana jemaah yang ingin berbelanja lebih mereka boleh menyuruh ahli ahli keluarga di Malaysia mendepositkan wang disini dan selepas itu mereka akan membuat pengeluaran disana.
Sementara itu pada jam 9.15 pagi tadi, Datuk Seri Panglima Azeez selamat tiba di No 189 Felda Gelanggi 04, Jerantut rumah Allahyarhamah Zaleha Bt Yasin, 63 jemaah yang meninggal dunia di Madinah.

Beliau disambut oleh waris keluarga, anak anak Allahyarhamah. Majlis tahlil diadakan sebentar tadi dipimpin oleh Imam masjid Felda Gelanggi.

Azeez turut memaklumkan bahawa segala urusan jenazah telah selamat diuruskan oleh kakitangan TH di Madinah. Allahyarhamah selamat disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Baqe' Masjid Nabawi.

Pihak TH turut menghulurkan sumbangan dan derma seperti air zamzam dan wang bejumlah RM1,500.

Turut sama hadir untuk mengiringi Azeez pagi tadi adalah Ahli Parlimen Jerantut, YB Ahmad Nazlan Bin Idris dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Abdul Shukor Husin.
 
-MIK

Monday, 10 August 2015

VIRAL PALSU! SULTAN JOHOR & PM NAJIB RAZAK DIFITNAH

Betapa teruk dan jahatnya pihak-pihak yang menggunakan media sosial untuk menabur fitnah dan sengaja menimbulkan prasangka buruk kepada pihak lain. Memang sudah terlampau banyak dan fitnah-fitnah ini disebarkan melalui semua modaliti media sosial yang ada.
Lebih merisaukan ialah jika mereka yang menerima perkhabaran yang berbau fitnah itu percaya bulat-bulat tanpa berfikir atau tidak mencari kebenarannya.

Malah, ada di antara mereka hanya sekadar membaca tajuk sahaja dari printscreen yang dihantar kepada mereka tanpa mahu tahu laporan penuhnya. Pembangkang tahu sikap malas sesetengah rakyat ini dan menggunakannya untuk menabur fitnah. 

Kerajaan Negeri hari ini mengkritik dakwaan dalam posting dan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpaksa menggunakan kereta dengan nombor plat Singapura untuk kegunaan beliau sepanjang berada di Johor, di Facebook yang menjadi viral.

Gambar berkenaan menunjukkan beberapa kereta eksekutif dengan nombor plat pendaftaran Singapura, di Dewan Serbaguna Mawar di Pasir Gudang ketika menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang, semalam.

Menurut posting yang juga disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram hari ini, Sultan Johor yang meminta kerajaan negeri menggunakan kereta Singapura itu.

Namun hal ini dinafikan oleh setiausaha akhbar Menteri Besar Johor, Asri Khalbi yang berkata, kerajaan tahu mengenai gambar-gambar yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan negeri mengutuk tindakan menyebarkan gambar-gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memutuskan hubungan baik antara kerajaan negeri dan istana Johor dan kerajaan persekutuan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Asri menerangkan, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan ketibaannya disambut mengikut protokol yang sepatutnya oleh kerajaan negeri.

“Dakwaan dalam gambar berkenaan tidak benar,” katnaya dan menekankan bahawa hubungan antara istana Johor dan kerajaan negeri, sangat baik.

Najib dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura atas jemputan kerajaan Singapura atas sambutan Hari Kebangsaan ke-50 pada Ahad.

Perdana Menteri mendapat layanan terhormat seperti ketua kerajaan dari negara Asean yang lain yang dijemput khas untuk acara berkenaan.

Difahamkan kereta-kereta eksekutif yang digunakan, disediakan oleh pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura untuk kegunaan Najib dari Singapura ke Pasir Gudang di mana beliau merasmikan mesyuarat bahagian atas kapasiti sebagai presiden Umno.

Beliau kemudian pulang ke Singapura di mana beliau menjadi tetamu untuk sambutan Hari Kebangsaan, pada Ahad - sumber

Sunday, 28 June 2015

Najib Lebih Kuat!?

Akhir-akhir ini banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad terhadap tindakan-tindakan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak didalam pemerintahan beliau. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir sedikit sebanyak membuat orang-orang melayu terfikir akan kesahihan kenyataan dan tunduhan keatas Dato Seri Najib, Sehingga kini banyak didapati pandangan-pandangan orang melayu di media-media sosial yang seakan ingin mengetahui secara mendalam akan apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir keatas Perdana Menteri.

                Hari ini kelihatan beberapa aliran pemikiran orang melayu yang melihat kepimpinan Dato Seri Najib mengikut pandangan masing-masing. Ada yang berangapan bahawa Tun Mahathir tidak seharusnya berterusan menghentam kepimpinan Dato Seri Najib. Bagi mereka yang sayangkan kerharmonian dan keutuhan pemerintahan melayu rata-rata tidak bersetuju dengan cara dan tindakan Tun Mahathir yang menggunakan media untuk menyerang Dato Seri Najib. Teguran yang dibuat secara terbuka itu sudah tentu membawa maksud yang tersirat dan mendatangkan perasaan yang tidak senang dikalangan pendokong gerakan tranformasi Negara pada hari ini.

                Dato Sei Najib yang mengambil alih pemerintahan Negara selepas Tun Abdullah Badawi telah membuat banyak perubahan didalam pentadbiran kerajaan pada hari ini. Dalam masa yang sama Dato Seri Najib perlu berhadapan dengan serangan-serangan pembangkang yang sudah semestinya bermotif menjatuhkan kerajaan pada hari ini.

                Apa yang menjadi permasalahan kepada halatuju dan kekuatan parti melayu iaitu UMNO ialah lahirnya penyokong-penyokong yang sealiran dengan Tun Mahathir. Golongan ini dilihat lebih mirip dengan pembangkang. Akibat terlalu merendahkan parti melayu itu sudah tentu agak sukar untuk mengankat kembali keyakinan rakyat pada kemudian hari.


                Jika dilihat dari dalaman parti pula Dato Seri Najib dilihat lebih kuat selepas diasak beberapa kali untuk mengakhirkan karier beliau. Ini dapat dibuktikan dalam keputusan mesyuarat MT umno dimana telah memutuskan bahawa pemilihan umno ditangguhkan selama 18 bulan. Bila dilihat akan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat MT UMNO itu membawa maksud bahawa segala tuduhan yang dilemparkan selama ini adalah tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menghentikan Dato Seri Najib sebagai Ketua Presiden UMNO dan sebagai seorang Ketua Kerajaan.

Friday, 1 May 2015

PRK Rompin Suram, Pas Tewas Awal?



Pas dilihat semakin lemah dan tidak berdaya akhir-akhir ini selepas beberapa isu dalaman parti yang menjejaskan perancangan jentera dan menjadi punca jentera mereka di pru Rompin ketika ini yang dilihat tewas sebelum berlawan. Kelemahan parti itu dilihat makin jelas selepas beberapa isu yang membabitkan parti PKR dan Pas sejak akhir-akhir ini mmberi kesan yang tidak baik kepada jentera pru di Rompin.

Jika ditanya kepada pengundi-pengundi disekitar Parlimen Rompin ini agak jarang didampingi program-program yang dianjurkan parti itu. Akhir-akhir ini beberapa program yang dianjurkan oleh pas di Parlimen Rompin ini dibatalkan oleh sebab kurang mendapat sambutan pengundi. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran awal bahawa parti itu tidak mahu berusaha dengan lebih keras lagi berikutan signal yang diberikan oleh pengundi jelas menolak parti itu. 

Berbeza dengan PRK lain, kempen di Rompin juga agak sederhana, tiada perang poster daripada Barisan Nasional (BN) mahupun PAS.



Saturday, 29 November 2014

AFF Suzuki Cup: "Sungguh Dramatik" Tahniah Harimau Malaya Berjaya Ke Separuh Akhir!

Malaysia 3 - 1 Singapore 
SINGAPORE: The Causeway rivals take each other on in a highly-charged National Stadium on Saturday night (Nov 29), as they vie for the right to face Vietnam in the semi-finals. Lions coach Bernd Stange said the Tigers are "extremely dangerous" but backed his side to claim a result. 
9.42PM: GOAL! Khairul Amri scores a tap-in after Malaysia's goalkeeper fumbles a free-kick. Lions are through if the scores remain. Five more minutes plus stoppage time to go.
9.37PM: Teenager Amirul Azmin on, Shafiq Ghani off, as coach Stange throws on his last change. Safuwan moved to the front to add more aerial threat.
9.32PM: Hariss Harun rallying the crowd as the Lions struggle to break down the Tigers' defence. Slightly more than 15 minutes to go.
9.26PM: Double substitution from Lions coach Stange: Gabriel Quak and Hafiz Sujad comes on for Shaiful Esah and Fazrul Nawaz, as Singapore chases the game.
9.21PM: GOAL! Malaysia draws first blood through Safee Sali, thrashing home the ball from inside the box.
9.15PM: CLOSE SHAVE! Norshahrul going close again, after his effort gets cleared from in front of an empty goal. Malaysia's Amri Yahyah was yellow-carded in the midst of the action.
9.09PM: Faris Ramli goes close! He slaloms his way past four defenders but drags it wide.
9.06PM: The second half kicks off, and early action indicates that the tight, combative tone would continue into the next 45 minutes.

Saturday, 27 September 2014

YB Nazlan Idri Ahli Parlimen Jerantut tidak bersetuju dengan projek Ikan Sturgeon


JERANTUT - Projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan wajar dipindahkan ke tempat lain yang lebih jauh dari Taman Negara selepas mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat setempat.
Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihak berkaitan perlu menilai semula projek berkenaan yang dilihat terletak terlalu hampir dengan Taman Negara dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat.
Menurutnya, pembangunan di kawasan yang sensitif perlu dilakukan secara berhati-hati memandangkan kawasan itu adalah kawasan penampan kepada Taman Negara yang mendapat perhatian dunia.
“Saya bukan tidak bersetuju projek berimpak tinggi berkenaan dibuat, tetapi harus jauh dari Taman Negara supaya kelestarian alam semula jadi yang ada di Taman Negara tidak akan terjejas.
“Berdasarkan maklum balas, apa yang dikesali penduduk ialah cara projek berkenaan dilakukan iaitu tiada dialog dengan penduduk, tiada papan tanda dan mereka seolah-olah tidak dihormati, malah saya sendiri sebagai ahli Parlimen di sini tidak dimaklumkan sehinggalah dalam perjumpaan dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) baru-baru ini,” katanya di sini kelmarin.
Sebelum ini media menyiarkan bantahan penduduk setempat, pelancong dan juga pengusaha pelancongan terhadap projek penternakan ikan sturgeon seluas 13.8 hektar di Kuala Tahan yang didakwa menjejaskan eko-pelancongan di Taman Negara.
Ekoran bantahan itu, projek bernilai RM120 juta itu kini terpaksa dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada penilaian terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA).
Katanya, jarak kawasan itu dengan Taman Negara terlalu hampir dan hanya dipisahkan oleh Sungai Tembeling yang dibimbangi akan turut terjejas akibat projek berkenaan.
Tambahnya, penduduk di situ juga bimbang bekalan air bersih mereka dari Sungai Tabung akan terjejas kerana projek berkenaan hanya terletak kira-kira dua kilometer dari muka sauk air yang diuruskan Jabatan Bekalan Air Pahang.

Thursday, 31 July 2014

PAS JADI BODOH! Pas akan kalah Kata Tony Pua! Dap kasi Warning!!


Pengerusi DAP Selangor Tony Pua memberi amaran bahawa PAS tidak akan mendapat sokongan, kalah teruk dan akhirnya lenyap dari peta politik Selangor sekiranya pilihanraya mengejut diadakan di Selangor.

Pua berkata sekiranya PAS terus berdegil menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, pilihanraya mengejut besar kemungkinan akan diadakan yang menyebabkan PAS kalah teruk.

Jika kemelut jawatan MB Selangor ini berterusan dengan DAP dan PKR mahu Khalid digantikan tetapi PAS berdegil untuk mengekalkan Khalid dengan sokongan UMNO, Dewan Negeri akan terbelah dua tanpa majoriti jelas dan Khalid mungkin akan meminta supaya pilihanraya diadakan di Selangor.

Menurut Pua, jika pilihanraya mengejut diadakan, parti-parti komponen Pakatan Rakyat dijangka akan mengalami kekalahan dan parti yang paling teruk terjejas ialah PAS.
Pua mendakwa PAS akan hilang 12 daripada 15 kerusi DUN yang dimilikinya sekarang dengan jangkaan parti tersebut kehilangan sokongan bukan Melayu sehingga 25%.

Friday, 18 April 2014

Budak Ni Nak Masukkan Karpal Dalam Syurga.. Minta Jakim Siasat Budak Ni! Parah boleh berangan nak jadi Tuhan..Astrafirullah!!



Majlis pengkebumian mayat mendiang 'Tiger of Jelutong' -  Karpal Singh akan dilakukan pada Ahad 20/4/2014.... mayatnya belum disemadikan tetapi macai Pakatan dah pun mengesahkannya ke mana mayat itu akan 'pergi'..!!!

Sunday, 12 January 2014

PANAS!! Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan Kena Tumbuk!

 

HULU SELANGOR - Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang tadi.
HULU SELANGOR – Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang semalam.
Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air.

Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ.
Beliau terus menghadiri perjumpaan lain di pejabatnya.
Sebaik tiba, beliau berjabat tangan dengan setiap ahli yang menghadiri perjumpaan berkenaan sebelum ditumbuk suspek yang kemudian menuduhnya menghalau bapanya siang tadi.

Sehubungan itu, Kamalanathan terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 324 kerana mendatangkan cedera. – Harian Metro

Friday, 3 January 2014

Pengikut Dap Kena Tipu Dengan Guan Eng..Depan tak boleh belakang boleh bikin!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng diselar kerana disifatkan tidak mengamalkan contoh pengurusan dan pentadbiran negeri yang baik dalam mempertahan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasminya. Guan Eng menunjukkan contoh bertentangan dengan dasar perbelanjaan berhemah yang sering dicanang dalam setiap ceramah politiknya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu lantang menghentam pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli kereta berkenaan dengan dakwaan membazir dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sekarang Guan Eng pula berbuat demikian sedangkan dalam tempoh dua bulan lalu, beliau telah diberikan sebuah kereta baharu jenis Camry untuk urusan rasminya. Dalam tempoh yang cukup singkat, beli pula sebuah lagi kereta baharu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang selama ini sering bermegah dengan mendakwa tidak akan menggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya mengundang kritikan pelbagai pihak selepas membelanjakan hampir setengah juta untuk membeli dua buah kereta bagi kegunaan Ketua Menteri dalam tempoh hanya dua bulan.

 Walaupun Guan Eng mempertahan pembelian kereta mewah itu atas alasan diberi potongan harga, namun keputusan tersebut tetap merupakan pembaziran memandangkan bukan keperluan mendesak.

Negeri ini bukan besar sangat. Jadi untuk urusan rasmi, adalah memadai dengan menggunakan kereta Camry yang dibeli sebelum ini.

Dahulu bukan main kritik pihak lain dengan menyatakan membazir dan sebagainya, sekarang mereka pula lakukannya. Sebab  beliau cakap tidak serupa bikin.

Monday, 2 December 2013

SABARLAH WAHAI USTAZ KAZIM ELIAS WALAUPUN DIGELAR MUNAFIK DAN B###!! TINGGINYA AKHLAK PEMIMPIN PAS

Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias mengumumkan keluar daripada Pas selepas kecewa dengan pelbagai fitnah serta tohmahan yang dilemparkan oleh pucuk pimpinan serta ahli parti itu terhadapnya selama ini.
Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi’ selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO.

“Belum pun saya beri kata putus terima atau tolak (Majlis Tertinggi UMNO), saya diserang dengan kata-kata, digelar binatang, munafik. Ada pimpinan Pas kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, agamawan bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam.

“Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan Pas. Serangan terhadap saya bermula pada 2004 sedangkan saya aktivis Pas. Mereka boikot kata saya anjing UMNO, macai UMNO, barua UMNO sedangkan saya tak pernah jadi ahli UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen, hari ini.


Mohammad Kazim memberitahu, kesabarannya terhadap segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan sampai ke kemuncak apabila ada yang sanggup menggelarkan sebagai anak babi.


“Oleh itu, saya ambil keputusan, sama ada saya pernah dipecat oleh Pas pada 2011, walau tiada surat pemecatan, dan terbaharu mereka kata saya masih ahli Pas, kalau mereka kata saya ahli Pas atau kata saya telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan keluar daripada Pas,” tegasnya.


Berhubung pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman rasmi mengenainya.

Sunday, 17 November 2013

BERITA MISTERI REMAJA HILANG DI VILLA NABILA JOHOR BAHRU!

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.
"Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya.


Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial.

Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

 par hari ini apabila sekumpulan anak muda dilaporkan telah hilang di sebuah villa yang terkenal dengan cerita-cerita mistik dan seram iaitu Villa Nabila, berhampiran Danga Bay, Johor Bahru.
Ramai yang menceritakan villa tersebut telah menjadi sarang makhluk halus berikutan ditinggalkan tanpa berpenghuni. Ada juga yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dibunuh dan ditanam di dalam dinding villa berkenaan oleh orang gaji keluarga kanak-kanak itu suatu ketika dulu. 

Namun, pada 16 November 2013, dilaporkan sekumpulan remaja yang dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala "seekers" . Daripada 30 orang yang memasuki Villa Nabila tersebut, hanya 7 orang yang dapat keluar.

Setelah kejadian tersebut, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari berikutnya. Anggota polis dan bomba sampai ke tempat kejadian namun dikatakan masih belum menemui mangsa-mangsa yang hilang.
Menurut sumber, polis dan bomba yang menjalankan operasi pengesanan remaja yang hilang menemui jalan buntu walaupun dengan bantuan anjing pengesan. Namun apa yang menjadi misteri, ada yang mendengar suara meminta tolong daripada kawasan villa tersebut.

Sehingga pagi ini, 18 November 2013, kesemua mangsa yang dilaporkan hilang masih belum dijumpai dan dikhuatiri telah sembunyikan oleh jin dengan izinNya.  Doakan keselamatan mereka semoga dalam perlindungan yang Maha Berkuasa.
2  daripada 7 remaja yang terselamat



Pintu Masuk Villa Nabila pada pukul 6.30 Pagi tadi
2 Gambar Kawasan Villa Nabila ketika siang:


Antara Versi Pelbagai Kisah Villa Nabila yang tersebar:

Versi 1 Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bahagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi pertama di atas adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. 

Versi 2 - Versi ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

 UPDATE 

1) Polis telah menutup pintu masuk ke Villa Nabila



2) Laporan daripada wartawan, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar di Johor Bahru:


Menurut Hazrey hanya seorang budak lelaki yang hilang seperti printscreen dibawah

"Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan," lapor Zulhazri.
"Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungiPemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu," jelas Zulhazri.


3) Laporan Berita TV3 ,TV9 dan Media arus perdana mengesahkan hanya 1 remaja yang hilang di Villa Nabila


Berita di TV9 Mengesahkan 23 budak hilang adalah Khabar Angin

4) Namun terdapat penafian daripada saksi ditempat kejadian:

Menurut cerita dari page Misteri Villa Nabila, mereka mengiakan bahawa berita 23 orang hilang di Villa Nabila adalah benar walaupun wartawan program 999 TV3 telah menafikan khabar angin itu hanya seorang budak saja yang hilang. Baca cerita dibawah:

"Daripada keterangan Budak yang telah di rasuk itu . Dia tidak pasti sama ada Kawan2 nye yang seramai 23 orang itu hilang atau balik ke rumah . Sebab Selepas pukul 5 atau 6 semua jalan berasingan . Sekarang Mahklum itu hendak benda yang busuk berbentuk 4 segi yang telah di ambil Budak yang bernama razak . Tetapi Budak yang telah di interview ini tidak kenal budak yang bernama Razak . Sekarang Mahkluk Itu memberi Masa 3 hari Untk Memulangkan Kembali barang itu , kalau Tidak mahkluk itu akan mengambil Seorang budak perempuan "

5) Penampakan hantu dalam operasi menyelamat?

Heboh gambar ini disebarkan di media sosial. Melalui bulatan merah yang kononnya terdapat perempuan berambut panjang. Admin cuba zoom namun hanya ini yang nampak jelas. Ada yang perasan?

6) Lagi saksi yang betul-betul berada di tempat kejadian, mengaku berada di situasi tersebut. 
Izral Jailani dalam komennya turut menafikan hanya seorang yang hilang. Katanya dah jumpa 8 orang. Malah dia dengan yakin mengatakan DYMM Sultan Johor akan tiba ke Villa Nabila tidak lama lagi. Dengan kenyataan yang berani begitu, maka cerita kejadian 23 orang hilang semakin kukuh. Namun sama-sama kita nantikan update seterusnya.
7) Lagi Gambar antara remaja yang terselamat
Oleh : Sri Wani

Wednesday, 30 October 2013

APA NAK DIKATA BILA AZMIN SOKONG GST DAN ANWAR PUN MALU-MALU DAN MENYOKONG PULAK DAH!!h HANGAT-HANGAT TAIK AYAM!!


Bantah GST Hangat-hangat Taik Ayam Kih Kih kih!!
Kih Kih Kih!!
Kejap Sokong tak sokong GST!
Kejap Sokong!!
Kih Kih Kih!!

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengakui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan sistem percukaian yang telus, efisien serta mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada ekonomi negara.
 
Berbeza dengan pemimpin pembangkang lain termasuk Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau yang dilihat lebih bersikap realistik dalam berpolitik berkata, pembangkang juga tidak pernah mengambil pendirian menolak GST.
Walau bagaimanapun, jelas Azmin, pembangkang berpendirian April 2015 bukan masa sesuai untuk kerajaan menguatkuasakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadarnya berjumlah hingga 16 peratus.

"Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST.
"Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang akan memberi kebaikan kepada ekonomi negara. Cuma persoalannya apakah Malaysia sudah bersedia," katanya semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Isnin lalu, Anwar ketika turut membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bertindak memutar-belitkan fakta mengenai GST selepas menuduh pelaksanaan sistem percukaian itu merupakan perbuatan 'jenayah' Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.
Dalam pada itu, Azmin turut mengakui Malaysia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada hasil cukai petroleum dan gas semata-mata jika berhasrat muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam masa tempoh tujuh tahun lagi.

"Kita sedar asas cukai di negara ini agak sempit dan kita perlu satu reformasi sistem percukaian yang menyeluruh dengan asas cukai yang lebih komprehensif bagi menggantikan SST yang ketika ini menyumbang tujuh peratus kepada pendapatan negara," katanya.
Menurut Azmin, dalam aspek pelaksanaan GST kerajaan perlu memperbetulkan falsafah serta matlamat percukaian tersebut iaitu bertujuan merangsang rakyat meningkatkan simpanan, bukannya berobjektif memperoleh pendapatan sebanyak RM27 bilion.

Beliau menambah, kerajaan juga perlu belajar dari negara maju yang mana negara terbabit hanya mula melaksana GST selepas infrastruktur cukai sudah kukuh di samping kadar cukai pendapatan turut dikurangkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban.
Katanya, di negara maju sebaik sahaja GST dilaksana kadar cukai pendapatan dan korporat diturunkan kepada kadar yang signifikan.

"Tetapi kita untuk mengurangkan beban diganti dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Penurunan cukai pendapatan antara satu hingga tiga mata tidak memadai," katanya.
Sementara itu, Anwar dilihat membuat pusingan 'U' selepas mengubah pendiriannya apabila mengakui bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien. 

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau sedia maklum mengenai GST sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 (yang juga Menteri Kewangan ketika itu).
"Saya setuju sistem GST efisien, tetapi saya tidak laksanakannya sampai 1998, ada sebab kenapa saya tidak laksanakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen. 

Menurut Anwar terdapat dua aspek yang perlu dilihat sebelum sistem percukaian yang telah lama diguna pakai di negara maju dan negara jiran seperti Singapura serta Indonesia itu boleh dilaksanakan di negara ini.
"Kita harus memastikan bahawa pendapatan rakyat adalah tinggi dan kita juga perlu memastikan negara mempunyai struktur percukaian yang baik," katanya.

Tuesday, 29 October 2013

GELENG KEPALA Dengan Gelagat YB Pembangkang Di Parlimen


“Jika di mahkamah, sekiranya peguambela dan pendakwa bercakap lebih daripada yang sepatutnya dihujahkan, hakim ada kuasa untuk menegur dan menghentikan perbalahan itu. Tetapi di parlimen mereka boleh cakap apa saja. Ada kalanya Speaker tegur berulangkali pun tak dipeduli,” begitu keluh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh.
Malah katanya, di mahkamah apabila hakim “berdehem” pun mereka sudah faham dan diam.
Namun, Dewan Rakyat, ia berbeza bahkan kata beliau ada masanya peguam-peguam yang jadi Ahli Parlimen pembangkang tak hormat teguran Speaker.
Che Mohamad, bekas Hakim Mahkamah Sesyen mengulas mengenai sikap sesetengah Ahli Parlimen pembangkang khususnya yang jadi peguam dan begitu “over” ketika berhujah di Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan, ini mungkin kerana di mahkamah bertumpu hanya kepada fakta dan kebenaran, tetapi di Dewan Rakyat mereka bercakap dengan panjang lebar tanpa had.
Saya tengok kadang-kadang mereka menyimpang daripada isu yang dibahaskan.
“Contohnya, mengenai pindaan undang-undang kanun keseksaan. Kita bercerita pasal pindaan, hina bendera, kes rogol dan jenayah terancang, tetapi mereka melencong kepada cerita pasal rumah urut dan mesin kuda. Tak ada kena mengenapun mengenai apa yang kita bahaskan,” katanya.
Che Mohamad sebelum menjadi Ahli Parlimen Setiu adalah Hakim Mahkamah Seksyen Jenayah Komersial Kuala Lumpur.
Pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu dia memperolehi 33,198 undi mengalahkan Omar Sidek (PAS) yang mendapat 25,255 undi.

Menurut Che Mohamad, pembangkang memang sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan selagi ia tidak menyebelahi mereka.
“Pembangkang fikir, pindaan yang kita mahu buat itu bertujuan untuk menangkap mereka. Sebenarnya tujuan kita buat ialah untuk menangani jenayah berat yang terancang. Itu saja tujuannya. Tetapi ia diputarbelitkan seperti kita ada agenda lain.
“Peguam-peguam di kalangan pembangkang ini lebih banyak berhujah kerana mahu mendapatkan “political mileage sebagai Ahli Parlimen. Di Mahkamah kalau mereka tak dengar cakap hakim, ia boleh dianggap “contempt of court” tetapi di Dewan, mereka tak hormati Speaker sebab tak ada “contempt of parliament”. Speaker setakat boleh arah mereka keluar saja.

“Bagi saya ini satu pengalaman baharu. Saya tengok sajalah dulu gelagat golongan ini yang kadang-kadang merasakan mereka hebat. Kerja mereka cari silap sahaja. Maklumlah, dalam bidang perundangan, kita menghakimi sesuatu berdasarkan hanya kepada fakta dan kebenaran. Dalam politik, semuanya mengenai persepsi. Apa sahaja realiti tak betul pada pembangkang, “ ujar beliau. (www.bnbbc.my)

Monday, 21 October 2013

NAHAS! Bila Kafir memperjuangankan seks luar tabii bukan lagi dianggap jenayah!


 NGO Islam membantah laporan yang dikemukakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses Semakan Berkala Universal di Geneva, Switzerland 24 Oktober ini.(gambar hiasan).

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad berkata, Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRo) telah menyuarakan pelbagai pandangan balas terhadap kekeliruan yang cuba ditimbulkan pihak Comango.

"Kita juga telah memutuskan untuk menghantar delegasi ke Geneza untuk memantau dan menyampaikan pandangan dalam ruangan yang dibenarkan dalam proses tersebut.

"Hari ini (semalam), gabungan kami ingin mengemukakan memorandum berkenaan isu ini dan akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Penasihat Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kuala Lumpur, Mohd Gunawan Che Ab Aziz dan wakil delegasi NGO, Aris Zawadi Ahmad.

Beliau berkata, Muslim UPRo mengangap kenyataan jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean di dalam sebuah portal online yang menafikan dakwaan mengancam Islam, sebagai usaha untuk mengalih perhatian.

"Ini adalah percubaan tidak jujur pihak Comango untuk berdalih dan mengalih perhatian daripada hakikat sebenar laporan mereka itu.

"Sesiapapun yang merujuk kepada laporan tersebut akan menemukan secara hitam dan putih beberapa kandungan mengancam Islam dan umat Islam di Malaysia," katanya.

Antara kandungan yang dimaksudkan seperti kebebasan beragama, seks luar tabii bukan lagi dianggap jenayah, hak-hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputra dipersoalkan, mempersoalkan enakmen kesalahan jenayah Syariah dan perkara menyentuh kebebasan beragama dan bersuara.

Pada masa sama, Yusri turut menasihati sesetengah pihak agar menghormati keputusan Mahkamah mengenai isu kalimah ALLAH dalam majalah The Herald, 14 Oktober lalu.

"Tindakan mereka seakan mengancam kredibiliti mahkamah sebagai jalan penyelesaian konflik yang semakin tidak dihormati sehingga membuka pintu kepada ancaman kedudukan Islam dan kesejahteraan negara.

"Pembela menyeru agar semua pihak menghormati kebebasan hakim untuk membuat keputusan. Pihak yang berdegil tidak menghormati hakim dan sistem mahkamah harus dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.a

Saturday, 19 October 2013

TERKINI! AHLI PARLIMEN JERANTUT DIPILIH SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN JERANTUT



JERANTUT . - Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut memilih Ahli Parlimennya, Ahmad Nazlan Idris sebagai Ketua UMNO Bahagian yang baharu pada sesi pemilihan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini semalam.

Ahmad Nazlan, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, memperoleh 352 undi untuk mengetepikan penyandangnya, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang mendapat 286 undi.

Friday, 18 October 2013

TERKINI PANAS! PM NAJIB TUMPU PERHATIAN DIJERANTUT, AHLI PARLIMEN JERANTUT BERJUANG UNTUK RAKYAT WALAU TERPAKSA BERHADAPAN CALON DIRAJA!


Seperti yang diketahui umum pemilihan ketua umno bahagian Jerantut melibatkan dua tokoh pemimpin yang berlatarbelakang berbeza. Calon Ketua Bahagian Jerantut YB Hj Nazlan Idris akan ditentang bekas ahli parlimen Jerantut YBM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar.

Keputusan yang dicatatkan dalam pemilihan ketua bahagian esok, yang pastinya tanggungjawab yang akan digalas mereka yang menang nanti pasti berat terutama dalam menyediakan Umno dan BN untuk berhadapan PRU14 nanti.

Sewaktu Pilihanraya baru-baru ini YB Hj Ahmad Nazlan yang menggantikan penyandang sebelum ini, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berjaya meraih 26,544 undi menewaskan calon Pas, Dr. Hamzah Jaafar yang mendapat 22,012 undi.

 Peningkatan majoriti undi berbanding 1,946 pada 2008 membuktikan rakyat di sini yakin dengan kemampuan kepimpinan yang akan dibawa oleh YB Ahli Parlimen Jerantut

Mengikut bancian terkini berdasarkan riaksi rakyat di Jerantut ketika ini yang lebih memihak kepada calon perubahan iaitu Ahli Parlimen Jerantut YB Hj Nazlan Bin Idris didalam memenangi kerusi ketua umno bahagian Jerantut.

Sedikit mengecewakan rakyat pada ketika ini kelihatan politik wang menjadi punca utama dan penghalang kepada perubahan yang dimahukan oleh rakyat Jerantut pada ketika ini. Ahli umno dan rakyat Jerantut berharap demi menguatkan kepimpinan di Jerantut pihak pucuk pimpinan tertinggi perlu memandang serius perkara ini yang akan membawa kesan yang negatif dan melemahkan parti umno itu sendiri.

Wednesday, 2 October 2013

MOHON SOKONGAN CIKGU FAIZ MAHAYUDIN PEMUDA BERANI INI DARI PAHANG!!!

Kami warga Pahang berharap sokongan padu buat anak muda yang berani tampil kehadapan untuk menyuarakan padangan khusunya pemidato hebat seperti anak muda ini. Beliau Merupakan seorang guru yang mempunyai potensi untuk diketengahkan mempunyai bakat besar dan sangat berani menyuarakan pandangan dan berani berhujah dipentas ceramah-ceramah yang telah beliau hadir temasuk berani berhujah dengan golongan muda dari pembangkang. Beliau juga aktif dididalam pergerakkan NGO GPMS Pahang (Gabungan Pelajar Melayu Semenangjung).
   Semoga dengan kehadiran orang muda seperti ini mampu mencorak kepimpinan umno pada masa hadapan. PPJ menyokong penuh kepada anak muda yang berani dan bersuara lantang dalam menegakkan agenda melayu!.