ANIMSI

home

Followers


Friday 10 February 2012

GEMPAR!! GAMBAR LUCAH PEMIMPIN PEMBANGKANG KINI TERSEBAR DI INTERNET!!



Skandal ini melanda Negara Indonesia.

Seorang wakil rakyat (dipanggil Bupati) Tanjung Jabung Timur, Zumi Zola didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang (Fernita).

Suami kepada wanita tersebut membuat laporan polis serta menyiarkan gambar sulit isterinya bersama Zumi Zola kepada media yang didapati dari telefon isterinya.


Untuk makluman pembaca, Zumi Zola adalah seorang wakil rakyat yang baru memenangi pilihan raya pada tahun lepas. Wakil rakyat yang berumur 31 tahun ini mewakili Partai Amanat Nasional, sebuah parti mirip PKR yang ditubuhkan oleh sahabat Anwar Ibrahim (Amien Rais). Sebelum ini Zumi Zola adalah seorang pelakon filem dan drama.

Apa yang MyMassa cuba sampaikan adalah kes Zumi Zola ini sama seperti kes Elizabeth Wong. Jika Zumi berskandal dengan isteri orang, Eli pula berskandal dengan suami orang. Kedua-duanya mempunyai bukti fizikal iaitu gambar individu yang terlibat.


Jika Elizabeth Wong boleh terlepas sehingga sekarang, Zumi Zola harus belajar ilmu ini dari Eli. Malah, Eli juga kekal memegang jawatan Exco sehingga sekarang. Kes Zumi sama seperti Eli, ianya berlaku selepas mereka menang jawatan tersebut.

Kalau orang PKR nak spin isu ini dengan mengatakan Eli Wong bukan seorang Islam tetapi Kristian, adakah agamanya membenarkan dia ada hubungan sulit dengan suami orang. Tambahan lelaki tersebut seorang muslim.

Mengikut perkembangan terbaru kes Zumi, suami kepada Fernita tepaksa mendedahkan gambar sulit isterinya selepas pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap Zumi memandangkan bapa Zumi adalah bekas Gabenor Jambi.

Oleh kerana kes Eli Wong juga meledak semula, mari kita lihat bagaimana kedua-dua parti yang kononnya berlandaskan keadilan sosial ini bertindak terhadap pemimpin parti mereka yang mempunyai masalah moral.

No comments:

Post a Comment